Monday 9 May 2011

Salam Perkenalan


Assalamualaikum.. :) sebenarnye semalam baru wat blog nie..alhamdulillah dah berjaya jgk buat blog.. dulu pernah jugak terfikir nak buat, tapi bile fikir diri ni bukan seorang yg byk cakap n suke bercerita, so batalkan je niat tue.. tp skrg da ade kekuatan nak buat =)..hope aktiviti blogging ni dapat improvekan diri dari segi keyakinan diri.. insyaAllah.. untuk first post kat blog nie nak cerita pasal hari ibu yg baru je disambut smlm.. ^_^

Tentang ibu..setiap orang pasti memiliki seorang ibu.. kerana tanpa ibu kita pasti tidak akan lahir di dunia ini..ibu adalah orang yang paling banyak jasanya kepada kita.. kita tidak akan sanggup menghitung jasa seorang ibu kepada kita..jasa dan pengorbanan 
yang dilakukannya adalah sangat besar..

Jika kita renungkan lebih jauh, besarnya jasa seorang

ibu tidak akan pernah dapat kita balas..seorang ibu tak mengharapkan anaknya membeli hadiah yang mewah, membawanya ke tempat yang mahal utk makan, atau segulung ijazah, cukuplah sekadar anak-anaknya menjadi insan yang berguna kelak dan tidak melupakannnya 
di saat anak telah dewasa dan berjaya...

Kerana itu dalam Al-Quranul karim, Allah SWT memerintahkan kita untuk berbakti kepada kedua orang tua kita, terutama kepada ibu kita. Hal ini terdapat dalam beberapa ayat, iaitu:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّ
لِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan Robb-mu telah memerintahkan kepada manusia, janganlah ia beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut di sisimu, maka janganlah katakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membentak kedua-nya. Dan katakanlah kepada keduanya perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang. Dan katakanlah, ‘Wahai Rabb-ku sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu kecil’ (QS Al-Isra’:23-24)


Kepada emak yang tercinta, NORBAITI BINTI MAHAD SAMIN..Selamat Hari Ibu~ terima kasih di atas segala pengorbanan yang emak lakukan utk besarkan nani selama ini.. harap emak akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan Allah kesihatan yang baik.. insyaallah...Minta maaf klu selama ni nani ade sakitkan hati, tak dengar cakap dan macam2 lagi..InsyaAllah nani akan berusaha jadi anak yang baik, berguna dan solehah..thank you for everythings..
SAYANG EMAK SANGAT2!! =)


Gambar bersama emak, Nor Baiti Mahad Samin

Lagu Maher Zain khas sempena hari ibu... lirik dia sangat best dan bermakna...