Wednesday 9 May 2012

Genap Setahun...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk bernafas di muka bumi ini.. Syukran ya Allah..rasanya sudah lama tidak menjengah ke blog ini.. dan hari ini insyaAllah dapat jugak mengupdate blog ini..Sesuai dengan tajuk post kali ini, genap setahun sudah berlalu untuk first post iaitu pada 9 Mei 2011 lalu.. dan pada hari ini 9 Mei 2012 insyaAllah akan ade post kedua.. mungkin disebabkan kesibukan yg melanda membuatkan hajat utk mengupdate blog selalu sahaja tertangguh..


Sepanjang tempoh setahun ini terlalu banyak perkara yg telah ditempuhi..Tentu sekali tempoh ini telah banyak memberi pengajaran seterusnya dapat mematangkan diri untuk terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini....dan kalau nak ceritakan semuanya mungkin terlalu banyak..tetapi ia mungkin dapat dikongsikan pada post-post akan datang.. ;)


Oleh itu, untuk post kali ini pengisiannya mungkin lebih santai.. Berkenaan sambutan Hari Kelahiran anak buahku yang sorang ni --Muhammad Umar Haikal Mohd Sofian-- Alhamdulillah semalam(8 Mei 2012) sudah genap 2 tahun Umar menjadi khalifah Allah di muka bumi ini..Semoga Umar diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dirahmati Allah dan menjadi anak yang Soleh seterusnya berjaya di dunia dan akhirat..insyaAllah..

Tapi utk ulangtahun umar kali ini, kakakku tak dapat sambut bersama Umar sbb pergi ke San Francisco selama enam hari..dia pergi ke sana sebagai hadiah yang diberikan oleh company dia kerana berjaya mencapai target customer..kakakku ini bekerja sebagai Wealth Planner di Prudential Assurance Malaysia Berhad..siapa yg nak beli insurans tu bole la contact2..(promote jap ;D) Jadi abg iparku bagi hadiah special kat Umar..Satu suit lengkap pemain bola (baju, seluar, kasut n bola).. Umar ni dari kecik minat sangat2 bola..kat mana2 je mst nak main bola..dan secara tak langsung bertambah la seorang lg peminat bola dlm kluargaku ..Umar bole geng dgn Pak Ngah(abgku) yg sememangnya sgt2 minat bola dari kecil..


                                               Ini la hadiah hari lahir Umar yg kedua.
                                                      Satu set lengkap baju bola.
                             Bukan main suka Umar dapat baju ni..abg iparku cakap
                                     sampai tak nak buka da bajunye..hehe..Umar2.. ;p


                                                        Umar tgh tunjuk skil dia

Umar dilahirkan pada 8 Mei 2010 di Hospital Sg Buloh.. Dia la anak buah pertama bagi family aku dan keluarga sblh abg iparku..Kelahiran Umar ni kira sgt ditunggu-tunggu dan menjadi kesayangan kedua-dua belah keluarga..cucu pertama la katakan ;D Syukur ke hadrat Ilahi kerana Umar dilahirkan sihat dan normal..Alhamduillah..

Teringat kembali memori semasa umar dilahirkan..Masa tu aku, emak dan ayah pergi ke Hospital Sg. Buloh..aku dapat ikut sbb mase tu lps spm..stil duduk rumah sementara tggu smbung belajar..di sana kami tunggu dari pagi sampai la ke malam..proses kelahiran makan masa lama sbb ini adalah anak pertama..bukaannya hanya terbuka sedikit2 setiap jam.. akhirnya tepat jam 7.04pm  seorang mujahid muda seberat 2.82kg selamat dilahirkan.. alhamdulillah segalanya lancar dan kakakku melahirkan Umar secara normal..



                                               Kiri : gambar umar masa usia sehari 

                                         Kanan : Umar setelah beberapa hari di Bidor 
                                                         da lain sikit muka Umar.. 





      Ayahku memegang Umar. Pertama kali rasa memegang cucunya sendiri..
  Rase tersentuh tgk gambar ni..:') Ya Allah kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua-duanya..Semoga sentiasa berada di bawah rahmatMu





Sekarang Umar sudah berusia dua tahun..sungguh cepat masa berlalu..rasa seperti semuanya baru sahaja berlaku..Ya Allah kau permudahkanlah segala urusannya di dunia mahupun di akhirat ..Semoga dia sentiasa taat akan perintahmu dan mencintai kekasihmu Ya Allah..dan semoga Umar menjadi salah seorang yang merperjuangkan agamaMu di atas muka bumi ini dan tidak terlalu leka dengan keindahan dunia..






Monday 9 May 2011

Salam Perkenalan


Assalamualaikum.. :) sebenarnye semalam baru wat blog nie..alhamdulillah dah berjaya jgk buat blog.. dulu pernah jugak terfikir nak buat, tapi bile fikir diri ni bukan seorang yg byk cakap n suke bercerita, so batalkan je niat tue.. tp skrg da ade kekuatan nak buat =)..hope aktiviti blogging ni dapat improvekan diri dari segi keyakinan diri.. insyaAllah.. untuk first post kat blog nie nak cerita pasal hari ibu yg baru je disambut smlm.. ^_^

Tentang ibu..setiap orang pasti memiliki seorang ibu.. kerana tanpa ibu kita pasti tidak akan lahir di dunia ini..ibu adalah orang yang paling banyak jasanya kepada kita.. kita tidak akan sanggup menghitung jasa seorang ibu kepada kita..jasa dan pengorbanan 
yang dilakukannya adalah sangat besar..

Jika kita renungkan lebih jauh, besarnya jasa seorang

ibu tidak akan pernah dapat kita balas..seorang ibu tak mengharapkan anaknya membeli hadiah yang mewah, membawanya ke tempat yang mahal utk makan, atau segulung ijazah, cukuplah sekadar anak-anaknya menjadi insan yang berguna kelak dan tidak melupakannnya 
di saat anak telah dewasa dan berjaya...

Kerana itu dalam Al-Quranul karim, Allah SWT memerintahkan kita untuk berbakti kepada kedua orang tua kita, terutama kepada ibu kita. Hal ini terdapat dalam beberapa ayat, iaitu:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّ
لِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Dan Robb-mu telah memerintahkan kepada manusia, janganlah ia beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut di sisimu, maka janganlah katakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membentak kedua-nya. Dan katakanlah kepada keduanya perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang. Dan katakanlah, ‘Wahai Rabb-ku sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu kecil’ (QS Al-Isra’:23-24)


Kepada emak yang tercinta, NORBAITI BINTI MAHAD SAMIN..Selamat Hari Ibu~ terima kasih di atas segala pengorbanan yang emak lakukan utk besarkan nani selama ini.. harap emak akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan Allah kesihatan yang baik.. insyaallah...Minta maaf klu selama ni nani ade sakitkan hati, tak dengar cakap dan macam2 lagi..InsyaAllah nani akan berusaha jadi anak yang baik, berguna dan solehah..thank you for everythings..
SAYANG EMAK SANGAT2!! =)


Gambar bersama emak, Nor Baiti Mahad Samin

Lagu Maher Zain khas sempena hari ibu... lirik dia sangat best dan bermakna...